
Setiap penciptaan kosmetik dan penjagaan kulit Wardah adalah hasil daripada proses berteknologi moden di bawah pengawasan ahli serta doktor kulit
3 prinsip kami:
Pure and Safe.
Produk Wardah mengandungi bahan mentah yang selamat dan halal, dicipta untuk keselesaan dan ketenangan wanita yang meggunakannya.
Faktanya kulit wanita Asia berbeza dengan kulit wanita Eropah atau Amerika. Lapisan dermis (terluar) kulit wanita Asia cenderung lebih tipis, sehingga lebih sensitif dan terdedah kepada faktor luar.
Hanya satu fakta ini menjadi landasan konsep kecantikan Wardah bahawa kulit wanita Indonesia memerlukan rawatan dengan perlindungan menyeluruh.
Wardah menyatukan konsep teknologi terkini, formulasi sesuai international dermatologist standard dengan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti serta selamat. Proses pengeluaran melalui uji pengawasan teliti dari para ahli dan doktor kulit.
Sebelum product launching, adalah sebuah kemestian untuk Wardah mengadakan blind test agar produk yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan selamat. Kerana keselamatan pelanggan menjadi keutamaan utama dan satu unsur yang tidak boleh diganggu gugat.
produk Wardah
- Tidak mengandungi Hydroquinon
- Lembut
- Diformulasikan secara tepat.
Beauty Expert.
Citra awal Wardah sebagai kosmetik ditujukan untuk wanita muslim telah berkembang menjadi produk yang boleh dinikmati oleh kalangan yang lebih luas.
Wardah percaya bahawa menjadi cantik itu universal.
Pengalaman belasan tahun menjadi pilihan ramai wanita Indonesia, tak hanya kaum muslimah, berkaitan erat dengan bagaimana Wardah selalu berinovasi serta berkreasi menjawab setiap keperluan. Mulai dari siri kosmetik yang berkesan membingkai wajah dengan warna-warna segar hingga produk penjagaan kulit berkualiti tinggi.
Wardah Signature Beauty meletakkan wanita Indonesia sebagai primadona yang datang dengan keunikannya masing-masing. Wardah memastikan bahawa setiap sapuan warna, bubuhan bedak atau polesan shading lembut dapat semakin menguatkan watak wanita tersebut.
Inspiring Beauty.
Dari tahun 1995 hingga saat ini, Wardah selalu meyakini kecantikan yang memberi inspirasi. Wanita Indonesia boleh jadi telah mengguna pakai dinamika kemajuan dunia, namun ia tak pernah meninggalkan nilai budaya Timur yang santun. Bagi wanita Wardah, kosmetik tidak hanya untuk badan akan tetapi juga untuk jiwa.
Kecantikannya membuat ia merasa mencintai diri sendiri, sebanyak dan sedalam dia mencintai orang-orang di persekitaran sekitarnya. Menjadi cantik boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan mudah. Namun sekaligus memberi inspirasi, harus tulus bermula daripada hati.
Untuk setiap wanita Indonesia yang yakin akan hal tersebut, Wardah tak pernah berhenti mendampingi. Wardah Signature Beauty adalah sebuah falsafah. Falsafah yang mengalir dari awal proses pengeluaran hingga barisan hadapan Sales Promotion Girl Wardah.
Ulasan
Catat Ulasan